Friday, 27 May 2011
Thursday, 26 May 2011
BALIK KAMPUNG..
Alhamdulillah.. dapat juga cuti start hujung minggu ni sampai 5 haribulan.. tak sabar rasanya nak balik kampung.. dan tak sabar rasanya nak pergi memancing.. rindunya kat kampung.. hehe.. tapi boleh ke memancing dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni.. risau juga kan.. hehe.. apa-apa pun yang penting nak balik kampung.. jumpa ayah bonda.. aku ada satu cerita yang nak aku ceritakan di sini.. pasal balik kampung.. pernah 1 masa dulu.. ada seorang kawan aku.. hampir 3 tahun tidak pulang ke kampung.. satu hari dia pulang ke kampung tak jumpa simpang nak ke kampung sendiri.. hahahaha.. adoiii.. kelakar betul kan.. sampai lupa jalan.. jadi kepada kawan-kawan.. jangan le sampai macam tu.. ingatlah asal usul.. pulanglah ke kampung..
Wednesday, 25 May 2011
KEKECEWAAN..
Kekecewaan adalah satu perasaan yang tidak diingini oleh sesiapapun.. namun dalam hidup ini kekecewaan pasti akan hadir jua walaupun hanya sekali.. memang amat memeritkan.. menyedihkan.. tetapi kita haruslah kuat dan tabah untuk mengharunginya.. aku akui.. memang sukar untuk kita kembali bangkit setelah dikecewakan dalam tempoh masa yang singkat.. memang kita memerlukan masa yang agak lama untuk kembali normal.. cubalah.. kuatkan semangat.. kentalkan iman.. cuba melepasi rasa kecewa itu untuk masa depan yang lebih bermakna.. janganlah kita terus hanyut.. terus merosakkan diri kita.. terus berada di dalam kesedihan apabila mengalami kekecewaan.. jika dipanjangkan umur masa depan kita masih jauh.. masih ada NUR yang menanti kita di masa depan.. yang lepas dijadikan pengajaran dan panduan..
Tuesday, 24 May 2011
KAWIN LAMBAT..
Hari ini dalam perjalanan ke pejabat.. aku mendengar radio.. DJ radio membuka satu topik yang menarik perhatian aku.. iaitu KAWIN LAMBAT.. bermacam-macam reaksi dan komen dari pendengar.. satu daripada nya yang aku dengar berkata dia lebih pentingkan kerjaya daripada berkahwin.. kerana kerjaya boleh menjamin masa depan.. jika dia tidak ada kerjaya.. jika diceraikan atau berlaku kematian pada pasangan.. dia tidak dapat menampung dan menguruskan hidupnya sendiri.. maka berlakulah bermacam-macam masalah.. kerana itulah dia masih belum berkahwin kerana masih melanjutkan pelajaran di luar negara.. bagi mengejar cita-cita dan kerjaya.. lagu satu pemanggil pula berkata.. dia sudah tidak percayakan lelaki.. seolah-olah ada rasa benci terhadap lelaki di dalam hatinya.. semasa bercinta dia telah dikecewakan dan telah menjadi fobia untuk berkahwin.. hurmmm.. macam-macam dunia ni kan.. tapi apabila aku fikir-fikirkan kembali.. ada juga benarnya kata-kata dari pemanggil yang menyatakan tentang kerjaya tadi.. zaman sekarang macam-macam boleh terjadi.. jika kita sendiri tidak mempunyai sumber kewangan.. dan mengharapkan orang lain.. bermacam-macam boleh terjadi kepada kita.. termenung aku seketika..
Monday, 23 May 2011
MALU..
Apa yang aku ingin ceritakan di sini adalah tentang rasa malu.. apa yang pernah aku lalui.. dan apa yang pernah kawan-kawan aku ceritakan pada aku.. semalam seorang kawan yang baik dengan aku telah menceritakan pada aku.. dia telah mengenali seseorang.. dalam tempoh sehari.. orang itu dengan tanpa rasa malu telah meminta pada kawan aku sejumlah duit kerana keretanya rosak dan berada di bengkel.. pelik kan.. baru kenal sehari dah minta-minta macam tu.. setiap 10 minit orang itu akan hantar sms supaya kawan aku memasukkan duit ke dalam akuan banknya.. seolah-olah memaksa kawan aku.. dia tak rasa malu ke.. dengan perkenalan yang hanya baru sehari itu dah memaksa-maksa kawan aku seperti itu.. aku juga pernah melalui perkara seperti ini.. baru kenal dalam masa beberapa jam.. dah minta top up.. klau 10 ringgit tak apa lah juga.. tapi dia minta 30 ringgit.. woww.. senang kan.. entahlah.. macam-macam dunia sekarang.. aku bukan nak menyatakan yang aku ni baik.. aku juga pernah minta pertolongan dari kawan-kawan.. tapi tidak pernah memaksa dan tidak pernah dalam tempoh masa perkenalan yang begitu singkat.. aku juga hanya akan meminta pertolongan jika aku yakin aku mampu untuk membayarnya kembali.. bukan sekadar suka-suka.. hurmmm.. setiap manusia itu tidak sama kan.. pemikiran masing-masing.. pendirian masing-masing.. tetapi bagi aku.. biarlah ada sedikit rasa segan dan malu dalam diri..
JALAN-JALAN..
Aku bekerja waktu pejabat.. hari isnin hingga jumaat.. 8 pagi hingga 5 petang.. hari sabtu dan ahad cuti.. tapi kadang-kadang aku kena kerja juga bila keadaan memerlukan.. penat sangat aku rasa.. badan pun rasa lemah.. tambahan pula bulan ni aku banyak event.. kerja kadang-kadang sampai malam.. bila balik rumah.. rasa nak cari bantal dengan tilam je.. hehe.. tapi pada hari sabtu lepas.. aku sempat bersama keluarga.. pergi berkelah di PD.. rasa gembira sangat.. dah lama tak mandi laut.. bertahun rasanya.. dapat bersama keluarga.. layan karenah anak-anak dan isteri.. dah lama juga aku tak berpeluang membawa keluarga berjalan-jalan seperti ini.. rasa penat tapi gembira.. bila lagi le aku akan dapat bawa keluarga aku jalan-jalan..
Friday, 20 May 2011
PENGARUH FILEM, DRAMA DAN RANCANGAN TV..
Setiap tahun.. setiap bulan.. setiap hari.. begitu banyak filem-filem.. drama-drama dan rancangan-rancangan tv yang baru ditayangkan.. pelbagai kisah.. pelbagai ragam yang dipertontonkan.. dari yang tempatan hinggalah yang luar negara.. yang aku ingin ceritakan di sini.. pengaruh-pengaruh semua ini terlalu kuat.. dari segi kata-kata atau pun skrip.. perbuatan.. sehinggalah melibatkan masa.. seperti di pejabat aku.. ada seorang hamba ni.. baru saja masuk kerja.. tapi terus menonton tv.. kerana hendak mengetahui sambungan kisah drama yang disukainya.. sampaikan tidak melakukan apa-apa kerja selama sejam bermula drama itu ditayangkan.. kan ke menyusahkan kawan-kawan kerja yang lain.. satu lagi kata-kata yang kelakar.. sering digunakan oleh masyarakat di luar.. apa-apa pun.. biarlah yang baik-baik yang dijadikan ikutan..
Thursday, 19 May 2011
GIGIL..
Hari ini hari gotong royong dekat kawasan pejabat aku.. perghhh.. penat sangat.. dah le panas.. tapi takpe.. tanggungjawab aku pada pejabat dan kawasan sekitar.. hehe.. tapi yang aku nak cerita di sini bukan pasal penat.. tapi pasal menggigil.. aku ditugaskan potong rumput menggunakan mesin.. dah lama tak buat kerja ni.. memang seronok.. laju je aku potong rumput-rumput yang panjang di sekitar pejabat aku.. sampaikan aku tak sedar 3 jam berlalu.. aku berhenti rehat untuk seketika.. semasa rehat aku ambil sebatang rokok sambil melepaskan penat.. tapi yang kelakarnya aku tak boleh nyalakan rokok aku.. tangan aku menggigil-gigil macam orang parkinson.. hahaha.. kawan aku cakap dah rupa penagih tak dapat barang.. hahaha.. adoiii.. ni le akibatnya lama tak buat kerja.. tak senaman.. badan tak kuat..
Wednesday, 18 May 2011
DUNIA OH DUNIA..
Ermmm.. aku jenis yang mudah dan suka berkawan dengan sesiapa pun asalkan orang sudi berkawan dengan aku.. secara tidak langsung bermacam-macam jenis manusia yang aku jumpa.. ada yang gembira.. ada yang sedih.. ada yang berduka dan ada yang bahagia.. dan ada juga yang setiap hari mengalirkan airmata.. kenapa ye semua ini terjadi.. entahlah.. aku pun tidak tahu.. bagi aku semuanya datang dari NYA yang bertujuan untuk menguji setiap makhluk ciptaan NYA.. bagi yang gembira dan bahagia.. janganlah lupa pada pencipta mu.. kerana setiap apa yang kita miliki pada hari ini belum tentu akan kekal selamanya.. bagi yang berduka dan mengalirkan airmata.. bersabarlah.. kuatkan lah diri mu.. tabahkan diri mu.. semuanya juga datang dari pencipta mu.. untuk menguji keimanan mu.. setiap yang baik ada buruk nya.. dan setiap yang buruk ada baik nya.. kita sebagai hamba NYA sentiasalah ingat pada NYA.. serta memohon pertolongan dan petunjuk dari NYA..
CUTI SEKOLAH..
Cuti sekolah dah nak dekat.. rasa nak balik kampung.. lama sangat dah tak balik.. rindu suasana kampung.. lama tak pergi memancing.. naik bot.. wahh! bestnya.. family aku pun dah excited nak balik.. rasa macam nak balik sekarang jugak.. tapi.. cuti belum lulus lagi.. dan bajet pun kurang.. hurmmm.. macammana ye nak balik..
Monday, 16 May 2011
Sunday, 15 May 2011
Thursday, 12 May 2011
BUDI BAHASA..
Budi bahasa bagi aku amat penting di dalam setiap perhubungan.. tidak kira antara suami isteri atau kawan-kawan mahupun orang yang tidak kita kenali.. susah ke kita untuk menggunakan bahasa-bahasa yang baik.. yang sopan.. yang sedap didengar.. kenapa perlu gunakan bahasa-bahasa yang kasar.. yang boleh membuatkan sesiapa pun terasa.. tersinggung.. jauh hati.. didiklah diri untuk menggunakan bahasa-bahasa yang baik.. pasti diri kita akan lebih disenangi.. akan lebih disayangi.. namun ada juga manusia yang langsung tidak hargai walaupun kita sering menjaga tutur kata.. sering berbudi bahasa dengannya.. biarlah.. manusia-manusia seperti ini akan menyesal satu hari nanti.. kerana tidak nampak kebaikan dalam berbudi bahasa.. tetapi.. bagi kawan-kawan yang telah kita kenal hati budinya.. tahu pekertinya.. walaupun bahasanya agak kasar.. bagi aku.. aku akan tetap berkawan dengannya.. kadang-kadang ada insan yang sudah terbiasa dengan cara tutur katanya.. tapi di dalam hatinya.. dia seorang yang amat baik dan penyayang..
MENGAPA..
Aku mempunyai keluarga dan kawan-kawan.. setiap hari aku akan bersama mereka.. aku sentiasa bahagikan masa antara keluarga dan kawan-kawan.. keluarga amat penting dalam hidup aku.. begitu juga dengan kawan-kawan.. kedua-duanya penting bagi aku dalam kehidupan ini.. lumrah kehidupan ada yang manis ada yang pahit.. sedangkan lidah lagikan tergigit.. namun semuanya aku lalui dengan penuh sabar.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.. tetapi.. mengapa aku sentiasa rasa sunyi.. aku sendiri tidak faham.. mengapa?.. entah apa lagi yang aku cari.. aku sendiri tidak tahu.. bila bersama keluarga atau kawan-kawan aku akan gembira.. bahagia.. tetapi bila aku berseorangan.. walau sekejap.. aku rasa sunyi yang amat sangat..
Wednesday, 11 May 2011
MATAHARI..
Matahari merupakan satu ciptaan ALLAH yang amat penting bagi setiap makhluk di dunia ini.. andainya aku seperti matahari.. dapat memberikan cahaya kepada setiap yang memerlukan.. cahaya yang dapat dikongsi-kongsi bersama.. alangkah bertuahnya.. malangnya aku hanyalah sebatang mancis.. yang hanya mampu menerangi diriku sendiri.. ianya hanya akan terang untuk seketika.. dan akan padam untuk selamanya..
Tuesday, 10 May 2011
KUATKAN LAH AKU..
Ya ALLAH.. kuatkanlah aku.. berikan lah petunjuk pada aku.. betulkah setiap keputusan yang telah aku ambil.. janganlah biarkan air mata sesiapa pun mengalir kerana aku.. aku tidak sanggup untuk menerimanya.. aku merasakan pedih yang amat sangat di atas apa yang telah berlaku.. aku tidak mahu perasaan benci wujud di dalam hati sesiapapun terhadap aku.. maafkan aku.. maafkan aku..
BOROS..
Macammana ye boleh terciptanya perkataan ni.. "Boros".. entahlah.. aku pun tak tahu.. aku tak salahkan sesiapa.. atau nak mengata sesiapa.. tetapi kenapa orang suka boros.. pantang ada duit.. semua nak dibeli walaupun benda tu tak penting.. tak boleh ke kita menyimpan dahulu.. biar betul-betul ada duit lebih nanti baru kita beli benda yang tak penting tu.. barulah benda tu akan kekal lama.. atau kita boleh simpan benda tu.. hurmm.. entahlah.. aku pun kadang-kadang boros.. terlupa.. lalai.. bila ada duit aku tak boleh berfikiran waras.. mungkin sebab itulah ALLAH tak bagi aku kemewahan di dunia ni..
Monday, 9 May 2011
KEJUTAN BUDAYA..
Aku selalu dengar orang berkata.. "Kejutan Budaya".. aku sendiri tidak tahu apakah itu kejutan budaya satu masa dulu.. tetapi sejak aku berhijrah ke Kuala Lumpur.. percaya atau tidak.. aku sendiri terkena kejutan budaya.. maklumlah.. budak kampung.. di kampung aku tu apa pun tak ada.. hanya hutan dan sungai-sungai saja yang banyak dan menjadi tempat lepak dihujung minggu.. bila aku berhijrah ke Kuala Lumpur aku seperti kera masuk kampung.. hahaha.. kelakar betul bila diingatkan kembali.. ada dua kejutan budaya yang aku lihat.. satu.. yang negetif.. dua.. yang positif.. kedua-duanya berlaku pada aku.. tapi biarlah aku ceritakan yang negetif je.. kalau cerita yang positif nanti orang cakap masuk bakul angkat sendiri pulak kan.. hehehe.. sejak aku menetap di Kuala Lumpur.. aku mula kenal "Disko".. "Karaoke".. "Kedai Kuda".. macam-macam lagi lah.. kalau nak sebut semua penat le aku.. tapi alhamdulillah.. aku masih belum sesat jauh seperti sesetengah kawan-kawan yang lain.. aku tidak layak untuk mengeluarkan kata-kata nasihat.. cuma aku ingin katakan di sini.. walau di mana pun kita.. ingatkan.. ianya tetap sama..
CERIA..
Minggu ini aku merasakan sedikit keceriaan pada diri aku.. sedikit kegembiraan.. aku tersenyum sendirian.. mula mengelamun jauh.. namun aku rasakan diri aku belum cukup kuat untuk meneruskan lamunan itu.. aku masih terbayang-bayang apa yang telah berlaku sehingga membuatkan aku resah gelisah dan takut akan kehidupan.. aku keliru dengan apa yang bermain di minda dan hati aku.. aku teringatkan kata-kata seorang sahabat kepada aku.. "Ikut hati binasa bro.."..
Saturday, 7 May 2011
IDAMAN KU..
Motosikal idaman ku.. jiwa ku begitu menginginkannya.. namun.. aku hanya bermimpi.. tidak mungkin aku akan memilikinya selamanya..
Friday, 6 May 2011
DUIT..
Dalam dunia ini.. segalanya duit.. duit telah menjadi perkara utama dalam kehidupan pada zaman sekarang.. walaupun ramai yang berkata duit bukan segalanya.. tapi telah terbukti.. zaman sekarang duit adalah segalanya.. duit dapat memberikan kegembiraan dan kebahagiaan.. duit juga telah mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan.. aku tidak mengatakan duit boleh membeli kasih sayang dan kebahagian.. tetapi dalam kita tidak sedar.. kita tidak membeli semua itu dengan duit.. tetapi dengan duit wujudnya semua itu.. mungkin ada yang tidak bersetuju dengan coretan aku ini.. tak kisah lah.. aku cuma meluahkan apa yang aku rasa.. tidak dinafikan ada juga orang yang banyak duit tetapi tidak gembira dan bahagia.. tetapi bagi aku.. semuanya terpulang kepada cara hidup masing-masing..
HIDUP KU..
Sepanjang hidup ku.. sejak aku dilahirkan.. 1000001 kenangan dan pengajaran yang tercipta.. terima kasih kerana dengan izin NYA aku masih bernafas hingga ke hari ini.. betapa bertuahnya aku kerana dapat merasai segalanya.. dapat menikmati segala nikmat milik NYA yang hanya dipinjamkan sementara kepada aku.. aku sedar betapa kecilnya aku di sisi NYA.. betapa aku memerlukan pertolongan dan petunjuk dari NYA.. aku terkenangkan masa kecil ku.. masa remaja ku.. hinggalah ke saat ini.. segalanya terpahat dalam ingatan ku.. aku tidak pandai berkata-kata.. cuma airmata yang mampu aku berikan tanda kesedihan dan kegembiraan.. tanda kesyukuran dan juga terima kasih.. adakah hidup ku akan berubah.. atau aku akan kekal sebegini.. menjadi insan yang menyakiti.. yang dibenci.. yang dihina.. yang dikeji..? entahlah.. hanya ALLAH yang maha mengetahui.. namun aku bersyukur kepada NYA kerana masih ada insan-insan yang menyayangi aku.. yang sentiasa memberikan semangat kepada aku untuk terus hidup.. siapa yang tidak mahu berubah menjadi yang lebih baik.. begitu juga aku.. ingin menjadi yang lebih baik.. menjadi yang lebih berguna.. kepada setiap insan disekeliling aku.. namun aku masih gagal.. gagal kepada semua.. gagal kepada segalanya.. di saat ini.. airmata ku mengalir laju membasahi pipi.. dalam aku mengenangkan HIDUP KU..
Thursday, 5 May 2011
SENGAJA..
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan dariNYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wednesday, 4 May 2011
ERMMM..
Kenapa setiap apa yang aku cuba lakukan untuknya serba tak kena.. semua salah.. semua tak betul.. aku cuba untuk gembirakan nya.. tapi dia bersedih.. aku cuba untuk buatkan dirinya tersenyum.. tapi dia menangis.. aku cuba untuk buatkan dirinya ketawa.. tapi dia berduka.. setiap kata-kata yang aku keluarkan sentiasa akan buatkan hatinya terguris luka.. bagaimana harus aku lakukan.. arghhhhHHHHH!! aku buntu..
Tuesday, 3 May 2011
MEKAH / KAABAH..
Indahnya.. tidak berkelip mataku memandang.. hati aku teringin sangat untuk menjejakkan kaki ke sana.. tapi entah bila.. aku masih belum mampu untuk ke sana.. aku sering terfikir untuk melakukan umrah serta haji.. ya ALLAH.. izinkan aku untuk ke sana.. berilah peluang pada aku.. untuk menunaikan rukun islam yang ke 5..
KAMPUNG..
Saat aku bersendirian.. aku terkenangkan kampung halamanku.. sudah terlalu lama aku tak balik ke kampung.. aku terbayangkan kehijauan hutan rimba.. kejernihan air sungai yang mengalir.. gunung-gunung.. haiwan-haiwan peliharaan berkeliaran mencari makanan.. aku terlalu rindukan kampung.. rindu sangat-sangat.. udara di kampung aku lebih segar.. kurang pencemaran yang berlaku.. waktu tengah malam dan subuh aku dapat lihat kabus tebal berarak di lereng-lereng bukit.. sungguh indah sekali.. aku rasa mahu pulang ke kampung.. dan terus tingggal di kampung.. rasa lebih aman dan damai..
Monday, 2 May 2011
DINGIN MALAM..
Kenapa malam ini.. aku terasa begitu sayu.. begitu sedih.. sehinggakan tanpa aku sedari air mata aku mengalir deras membasahi pipi.. aku terasa begitu sunyi.. jauh aku termenung sendirian.. entah apa yang aku fikirkan.. aku sendiri tidak tahu.. aku rasakan malam ini begitu dingin.. seperti berada di satu tempat yang aku sendiri tidak tahu di mana.. aku cuba untuk ukirkan senyuman di wajah ku.. tapi tidak berdaya.. aku rasa begitu lemah.. begitu tidak bermaya.. kenapa aku jadi begini.. mengapa aku jadi begini..
Sunday, 1 May 2011
PERIGI CARI TIMBA..
Telah banyak yang berubah.. dulu dan sekarang.. namun bagi aku.. semuanya tak salah.. bagi aku tiada istilah "Perigi cari timba".. jika kita menyukai seseorang.. tidak kira lelaki mahupun perempuan.. apa salahnya kita yang mulakan.. asalkan kena pada caranya.. tidak perlu takut.. tidak perlu peduli apa orang kata.. asalkan kita cuba untuk mendapatkan orang yang kita suka.. jika jodoh kita.. ianya akan jadi kenyataan.. jika bukan.. tidak rugi kerana kita telah mencuba..
LA..LA..ULALA~~
Lagu ni membuatkan aku tersenyum sendirian.. mengingatkan aku pada seseorang.. pada mulanya dia berkata.. " Benci.. aku tak suka lagu ni.. tak suka.. tak suka.. entah apa-apa".. tetapi.. tiba-tiba aku terdengar suara.. "la..la..ulala~~".. hehe.. kelakar.. rindu gelak tawa dan telatah dia..
Subscribe to:
Comments (Atom)



















