Maafkan aku.. di atas segala perbuatan yang telah dan belum aku lakukan.. Maafkan aku.. di atas setiap kata-kata yang telah aku lafazkan.. Maafkan aku.. jika aku pernah melukakan atau mengguris hati dan perasaan mu.. Maafkan aku.. kerana aku tidak berada di sisi mu sewaktu diri mu amat memerlukan aku.. Maafkan aku.. kerana tidak mampu untuk sempurnakan impian mu..
aku meluahkan coretan ini kerana aku takut.. andainya esok tidak lagi menjelma untuk aku.. andainya aku tidak berkesempatan untuk memohon maaf pada mu.. andai aku tidak lagi mampu untuk menyata bahawa aku sayang dan rindu pada mu..
Malam hari sabtu yang lalu.. aku tidur awal.. mungkin terlalu penat.. seawal jam 8.30 malam aku sudah lena dibuai mimpi.. tidak aku sangka dirinya hadir di dalam tidur ku.. aku terjaga dari tidur jam 3.30 pagi.. mata ku tidak boleh ditutup lagi.. aku mengelamun sendirian.. otak ku memikirkan seribu kenangan bersamanya.. aku cuba untuk tidur tetapi mata ku tidak mahu pejam.. aku jadi gelisah.. tidak keruan.. tidak tahu apa hendak dilakukan pada waktu-waktu sedemikan.. aku buka net book.. mula melayari internet.. tetapi siapalah yang ada jam 4 pagi.. aku "Meroyan" sendirian.. menanti sesuatu yang tidak pasti.. adakah ini tandanya.. aku "Merindui" nya..
Sejak aku menceburkan diri dalam dunia IT ni bermacam-macam jenis manusia yang aku temui.. ramai yang menulis falsafah hidup mereka di blog-blog.. profile-profile laman sosial.. dan bermacam-macam lagi lah.. aku amat bangga dengan kata-kata yang di tulis.. seolah-olah meraka kuat.. tabah.. sabar dan jujur dalam kehidupan mereka.. cuma aku terfikir.. adakah mereka-mereka ini.. yang mempunyai falsafah hidup dapat dan mampu mengikuti falsafah hidup yang telah mereka nyatakan.. selalu yang aku jumpa ialah "Walau apa pun yang terjadi.. hidup mesti diteruskan".. sesiapa pun yang membaca pasti akan menyokong kenyataan itu.. tetapi kenapa mereka yang menulis itu masih bersedih.. seolah-olah tidak bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian.. seolah-olah mengeluh dengan apa yang telah mereka lalui.. hurmmm..
Semakin hari aku rasakan diri ku semakin jauh dengan nya.. berbagai halangan yang aku hadapi dan berbagai perkara yang berlaku yang menjarakkan aku dengan nya.. aku makin mengingati nya.. makin merindui nya.. makin memikirkan nya.. entah sampai bila aku dan dia akan begini.. aku tidak tahu apa yang bermain di dalam fikiran nya.. adakah dia juga mengingati aku.. aku doakan hidupnya sentiasa gembira dan bahagia.. di limpahkan rezeki serta dilindungi dari segala bencana.. aku ingin melihat senyuman sentiasa terukir di wajah nya.. senyuman yang membuatkan aku tersenyum bila bersendirian..
Saat berganti saat.. minit berganti minit.. jam berganti jam.. hari berganti hari.. bulan berganti bulan.. tahun berganti tahun.. namun aku masih begini.. masih di takuk lama dalam kehidupan aku.. bila lah hidup aku akan berubah.. aku bukan mengimpikan untuk menjadi jutawan.. hanya inginkan sedikit kesenangan.. hari-hari yang dilalui amat mem "BORING" kan.. tidak ada apa yang dapat aku lakukan.. hanya pergi kerja.. balik kerja.. jika aku miliki sedikit kesenangan boleh juga aku pulang ke kampung selalu.. bawa keluarga aku "makan angin".. bukan aku mengeluh atau tidak bersyukur dengan apa yang telah aku miliki.. cuma merasa amat perit dengan ujian NYA.. walau bagaimanapun.. aku tetap berusaha.. tetap tidak putus asa dalam mengejar kesenangan dan kebahagiaan.. dan aku tetap tidak lupa pada akhirat.. ya ALLAH.. bantulah aku..
Macammana ye "ada tapi macam tak ada".. hehehe.. entahlah.. aku sendiri tak tahu.. cuma yang aku ingin luahkan di sini ialah luahan seorang kawan.. dia bercerita kepada aku.. bila dekat.. mesra dan banyak yang dibualkan.. bila jauh.. hilang entah ke mana.. khabar berita langsung tidak ada.. aku sendiri hairan kenapa jadi macam tu.. bila kita sms.. baru dia akan sms.. klau kita diam sebulan.. sebulan lah dia pun akan diam.. seolah-olah aku tidak wujud.. seolah-olah dia menyimpan sejuta rahsia.. tetapi bila sms berbagai kata-kata manis yang dikeluarkan.. sayanglah.. rindulah.. caring sangat-sangat.. hurmmm.. mengeluh panjang seorang kawan aku ni.. aku cuma mampu tersenyum.. dan berkata.. "no komen"..
Aku dah cuba buat yang terbaik untuk dia.. lakukan yang termampu aku lakukan.. cuba gembira kan dan bahagiakan dia.. cuba untuk tidak melukakan hati dia.. sentiasa berikan perhatian pada dia.. entah macammana lagi yang dia inginkan sampaikan dia sampai hati keluarkan kata-kata yang mengguris hati aku.. susahkan kita nak jaga dan puaskan hati seseorang.. apa lagi lah yang patut aku lakukan.. aku sendiri tidak tahu.. hari yang sepatutnya aku gembira tapi aku bersedih sehinggakan mengalir air mata.. aku cuma mampu berdoa agar dia gembira dan bahagia di samping aku selamanya.. amin..
Apa yang 33 tahun?.. hehe.. hari ini cukuplah umur aku 33 tahun.. selamat hari lahir.. selamat hari lahir.. selamat hari lahir untuk diri sendiri.. selamat hari lahir.. hehehe.. tak sangka sekarang aku telah berusia 33 tahun.. sepanjang hidup aku.. berbagai-bagai dugaan yang telah aku lalui.. pahit manis dan segalanya.. bermacam-macam karenah manusia juga yang telah aku lihat.. yang boleh aku jadikan panduan dan pengajaran.. terima kasih YA ALLAH kerana izinkan aku berada di dunia ciptaan MU dan meminjam segala nikmat MU yang tidak ternilai.. bukakan lah pintu hati ku.. berilah petunjuk dan hidayah MU kepada aku ke arah jalan yang ENGKAU redhai.. kalau dulu umur aku 32.. jika diterbalikkan jadi 23.. masih muda kan.. hehe.. tapi sekarang dan masa-masa akan datang dah tidak boleh diterbalikkan lagi.. aku dah tuaaaaaaaaaa.. huhuhu..
Susah untuk aku luahkan di sini.. rasa serba salah.. namun aku tidak tahu lagi di mana harus aku luahkan.. aku sendiri tidak tahu kenapa manusia boleh jadi macam ni.. mungkin aku juga melakukannya.. tapi aku tidak sedar.. bak kata pepatah melayu.. "Dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi".. bukan aku ingin menutup kesalahan aku dengan berkata aku tidak sedar melakukannya.. tapi aku betul-betul tidak pasti pernahkah aku melakukannya.. kenapa manusia sering lupa kepada seseorang yang pernah mengembirakan nya.. yang pernah membahagiakan nya.. aku lebih suka berterus terang di dalam perhubungan.. namun tidak semua perkara kita perlu jujur.. demi untuk menjaga hati dan perasaan seseorang.. janganlah kita terus melupakan atau terus mengabaikan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita walaupun hanya seketika.. orang lain juga seperti kita.. mempunyai hati dan juga perasaan.. luangkan lah sedikit masa walau sesaat untuk bertanya khabar.. janganlah tunggu seseorang itu merajuk atau "BASUH" kita barulah kita nak sedar akan kesalahan dan kecuaian kita.. lagi satu pesan ku.. janganlah kita simpan perasaan dan rasa dendam dalam hati kita walaupun kita pernah diperlakukan sedemikian..
Arghhh.. malasnya.. dah sepuluh hari aku bercuti di kampung.. hari ni nak mula kerja rasa malas sangat-sangat.. rasa nak tidur je.. hehe.. tapi aku rasa gembira sangat sebab dapat balik kampung.. dapat habiskan masa bersama keluarga.. semasa di kampung tak banyak aktiviti yang aku lakukan.. cuma bawa keluarga pergi berkelah di pantai tanjung leman.. habis muka aku terbakar sebab mandi laut.. hehe.. ada sekali pergi memancing.. tapi hampa.. seekor ikan pun tak dapat.. masa yang selebihnya aku hanya habiskan di rumah.. makan.. tidur dan tengok tv.. best dapat berehat lama-lama..