Thursday, 9 February 2012

ASSALAMUALAIKUM...

Ermmm..dah terlalu lama aku tak update di sini..kerana terlalu leka dengan FACEBOOK..akhirnya aku kembali jua di sini untuk meluahkan rasa hati..terlalu banyak salah silap ku..hingga ada pihak yang terguris hati dan perasaan..maafkan aku..aku juga insan biasa..yang inginkan sedikit kegembiraan dan keceriaan dalam menempuh liku-liku hidup ku seharian..aku mudah berkawan..namun tidak mudah untuk jatuh cinta..aku cepat mesra..tapi bukan senang untuk melakukan sesuatu bersama..hurmmm..dimanakah penghujung perjalanan hidup ku..?

Sunday, 6 November 2011

PERKENALAN..

Setiap hari.. setiap waktu.. akan ada sahaja perkenalan baru dalam kehidupan kita.. ada yang berkekalan selamanya.. ada juga yang hanya untuk jangka masa yang singkat.. namun semuanya tidak pernah kita duga.. dan kita tidak akan tahu ke mana arah tujunya.. percintaan mahupun persahabatan kedua - duanya sama sahaja.. kita sentiasa menjangkakan yang terbaik dalam setiap perkenalan.. namun tidak semuanya akan berakhir dengan kegembiraan.. walaupun begitu aku sentiasa bersyukur dapat mengenali berbagai - bagai jenis insan di dunia ini.. terima kasih aku ucapkan kepada semua yang mengenali diri ku.. dan dapat menerima aku  seadanya..

Thursday, 3 November 2011

KEJUJURAN..

Ramai orang yang berkata kejujuran itu penting dalam sesuatu perhubungan.. kejujuran itu tunjang kekuatan bagi sesuatu percintaan mahupun persahabatan.. benarkah pendapat itu?.. bagi aku memang ianya penting tetapi bukan sesuatu kewajipan.. ada perkara yang perlukan kejujuran.. ada jua perkara yang perlu kita rahsiakan.. bagi aku tidak semuanya.. tidak segala perkara kita perlu jujur.. adakalanya kejujuran itu memberikan kegembiraan.. adakalanya pula ianya membawa kepada kesedihan.. bukan aku mahu mengajar supaya kita menipu.. tetapi ada sesetengah perkara yang bukannya "kejahatan" perlu kita rahsiakan demi untuk kegembiraan insan - insan di sekeliling kita.. fikir - fikirkan lah..

Monday, 31 October 2011

SEKELIP MATA..

Persahabatan yang terjalin begitu bermakna.. penuh dengan suka duka.. permulaan yang begitu baik dan sempurna.. penuh dengan gelak ketawa gembira.. begitu sukar rasanya untuk menjalinkan satu - satu persahabatan.. apabila terjalin dunia terasa begitu indah.. ceria dan bahagia.. rasa setiap saat kehidupan diisi dengan penuh kasih sayang seorang sahabat.. adakala kita terasa sepi apabila tiadanya seorang sahabat.. apabila ianya muncul.. senyuman terukir di wajah kita.. apabila ia pergi kita bersedih.. namun persahabatan yang terjalin akal kekal dalam ingatan kita buat selamanya.. ermmm.. aku sendiri tidak tahu erti persahabatan yang sebenarnya.. cuma yang aku tahu.. aku perlukan kawan - kawan.. dikala aku gembira dan juga berduka.. susah senang bersama.. bantu membantu.. namun.. kita tidak pernah menyangka.. tidak pernah menduga.. dalam SEKELIP MATA segalanya boleh berakhir dengan kebencian.. dengan penuh dendam.. walau apa pun yang terjadi.. aku sentiasa doakan yang terbaik buat semua sahabat aku.. jika aku yang bersalah.. maafkan aku..

Thursday, 27 October 2011

UNTUK SAHABAT KU..

LILIN..

Sampai bila?.. aku selalu bersabar.. sentiasa memberi ruang dan waktu.. agar segalanya berubah menjadi lebih baik.. namun sampai bila segalanya akan terus begini.. makin hari usia ku makin bertambah.. aku makin tua.. makin tidak mampu untuk menanggung segalanya.. aku penat.. terlalu penat.. adakalanya aku sendiri sedar akan kebodohan aku.. tidak tahu apa yang aku sendiri mahukan dalam hidup ini.. entah lah.. buat masa ini.. aku akan bertahan.. dan terus bertahan.. menjadi lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain..

OWN HERO..

Thursday, 20 October 2011

I'M AN ERASER..

AKU TAHU..

Aku tahu siapa aku.. di mana tempat aku.. apa status aku.. aku juga tahu aku tidak mampu menjanjikan apa-apa buat mu.. aku tidak mampu memberikan harapan yang tinggi pada mu.. namun jauh di dalam sudut hati aku.. aku amat menyayangi mu.. aku akan cuba membahagiakan dan mengembirakan mu.. aku tidak pernah sesekali memaksa sesiapa pun untuk menerima aku.. jika dirimu merasakan tidak mampu untuk bertahan.. tidak mampu untuk bersama aku lagi.. berterus teranglah.. aku akan cuba untuk menerimanya walaupun perit yang aku rasakan.. aku tetap redha dengan takdir hidup aku.. namun aku tidak akan pernah melupakan mu.. dan tidak akan cuba untuk melupakan mu.. segalanya akan bersemadi di dalam hati aku.. sehingga akhir hayat aku.. doa aku sentiasa mengiringi mu.. semoga diri mu menemui kebahagian yang di cari.. 

Sunday, 16 October 2011

PENING AKU..

Hidup ini adakalanya kita rasa gembira dipenuhi oleh insan-insan di sekeliling kita.. adakalanya kita rasa begitu sunyi walaupun dikelilingi oleh insan-insan di samping kita.. entah kenapa semua ini terjadi.. begitu juga aku.. mencari seseorang bagi berkongsi cerita dan pandangan.. menumpang sedikit kasih sayang.. namun segala seperti "ADA MACAM TAK ADA".. hehe.. tidak mengapalah.. mungkin ini semua lumrah kehidupan.. biarlah hidup aku begini saja.. lebih tenang walaupun kesunyian..

Friday, 14 October 2011

BERBEZA..

Pernahkah seseorang itu terfikir tentang.. kebanyakan perbuatannya.. kebanyakan tutur katanya.. membuatkan seseorang rasa terkongkong.. seseorang rasa sedih.. seseorang rasa seperti di penjara.. seseorang itu menangis.. hurmmm.. bermacam-macam karenah manusia di dunia ini.. ada yang memberi terlalu banyak kebebasan.. ada pula yang menyekat sehingga seseorang rasa tertekan.. walau apapun.. segalanya kerana SAYANG.. hehe.. kelakar kan.. terlalu berbeza kehidupan seorang lelaki dan juga perempuan.. fikir-fikirkan lah.. anda juga mempunyai seorang ayah.. seorang adik lelaki.. atau abang.. atau kawan-kawan lelaki.. 

LUAHAN HATI KU..

Aku penat.. penat sangat-sangat.. penat dengan hidup aku yang dilanda berbagai ujian dariNYA.. namun aku tetap bersyukur di atas segala yang telah dikurniakan kepada aku olehNYA.. entah sampai bila aku mampu bertahan.. dengan kehidupan yang tiada kehidupan.. ramai juga yang berkata kepada aku.. "Apa lagi yang engkau mahu.. segalanya telah engkau miliki.. kerjaya.. keluarga.. ".. hehe.. aku hanya mampu tersenyum dengan kata-kata itu.. tetapi di dalam hati aku hanya mampu mengalirkan airmata.. aku seorang lelaki.. bukan aku ego.. bukan aku mahu menyatakan kuasa aku sebagai lelaki.. cuma aku ingin katakan.. segalanya di atas bahu aku.. dilahirkan sebagai seorang pemimpin.. banyak perkara yang perlu aku lakukan.. yang dipertanggungjawabkan ke atas aku.. aku tidak pernah lupa segala tanggungjawab aku.. aku rasa aku telah laksanakan segalanya.. namun entah di mana silapnya.. hati ku sentiasa sedih dan pilu.. aku lelaki.. hidup aku sentiasa aktif.. mahukan sedikit kebebasan.. bersama kawan-kawan.. beriadah.. bersukan.. hurmmm.. namun segalanya tidak ada.. sentiasa dihalang oleh insan yang aku sayangi.. entah.. mungkin tiada lagi kehidupan bermasyarakat bagi aku seorang lelaki yang telah berkeluarga.. aku hanya mampu bersabar.. dan meneruskan kehidupan ini sampai ke akhirnya..

Thursday, 29 September 2011

SEBENARNYA..

Tetap TERTAWA walau sebenarnya aku ingin MENANGIS..
Tetap TERSENYUM walau sebenarnya aku KECEWA..
Tetap KUAT walau sebenarnya aku sudah TIDAK SANGGUP lagi..
Tetap SEMANGAT walau sebenarnya aku TERTEKAN oleh masalah..
Dan yang paling penting tetap SABAR dan memandang segalanya BAIK walau sebenarnya..
Hati ku LEMAH dan sedang TERLUKA..

Wednesday, 14 September 2011

KUSUT...

Dah lama jugak aku tidak mencoretkan sesuatu di sini.. maaflah kepada sesiapa yang mengikuti blog aku ni.. jiwa aku tengah kacau.. fikiran aku tidak tenteram.. otak aku terlalu kusut memikirkan pelbagai masalah yang aku lalui.. dunia oh dunia.. bukan kehidupan jika tidak mempunyai masalah kan.. hurmmm.. bukan aku mengeluh.. tapi penat.. penat mencari jalan penyelesaian bagi segalanya.. semoga hidup aku kembali tenang dan ceria seperti dahulu... siapa yang tidak mahu kebahagiaan dalam hidup ini kan.. kesenangan.. kegembiraan.. kejujuran.. senang cakap kesempurnaan.. namun tidak ada kehidupan yang sempurna dalam hidup kita ini.. aku sentiasa bersyukur dengan apa yang telah DIA berikan.. 

Thursday, 18 August 2011

TIDAK PASTI...

Kebelakangan ini.. fikiran aku sering terganggu.. pelbagai soalan yang berlegar-legar di benak fikiran aku.. adakalanya jantung ku berdegup kencang.. entah kenapa.. aku sendiri tidak pasti.. betulkah apa yang telah aku lakukan.. benarkah keputusan yang telah aku ambil.. tidak mengapalah.. andai ditakdirkan apa yang aku kejar terlepas.. biarlah yang ada ditangan aku juga bebas.. segalanya amat sukar bagi aku.. segalanya dugaan NYA buat aku.. aku terima segalanya yang terjadi dan bakal terjadi dengan hati yang terbuka.. 

Friday, 5 August 2011

UNTUK SEORANG SAHABAT..

Jika sekarang aku mengatakan..
“Sahabatku, aku mencintaimu kerana Allah”..
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?..
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu..
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…
Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…
Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …
Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….
Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
Amin.

Friday, 29 July 2011

UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

* yang singkat itu WAKTU..
* yang menipu itu DUNIA..
* yang dekat itu KEMATIAN..
* yang besar itu HAWA NAFSU..
* yang berat itu AMANAH..
* yang mudah itu MELAKUKAN DOSA..
* yang susah itu SABAR..
* yang sering lupa itu BERSYUKUR..
* yang mendorong ke Neraka itu LIDAH..
* yang berharga itu IMAN..
* yang ditunggu ALLAH itu TAUBAT..