Friday, 29 July 2011

UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

* yang singkat itu WAKTU..
* yang menipu itu DUNIA..
* yang dekat itu KEMATIAN..
* yang besar itu HAWA NAFSU..
* yang berat itu AMANAH..
* yang mudah itu MELAKUKAN DOSA..
* yang susah itu SABAR..
* yang sering lupa itu BERSYUKUR..
* yang mendorong ke Neraka itu LIDAH..
* yang berharga itu IMAN..
* yang ditunggu ALLAH itu TAUBAT..

Thursday, 28 July 2011

AKU TERPERANGKAP DI DALAM DIRI MU..

KENAPA HARUS BEGINI..

Aku gembira mempunyai ramai kawan.. setiap hari makin bertambah insan-insan yang aku baru kenali.. pelbagai rupa paras.. pelbagai sifat dan perangai.. adakalanya aku rasa terhibur dengan kehadiran kawan-kawan ini.. hidup aku ceria.. tidak sunyi.. sentiasa disulami gelak ketawa.. namun seperti yang sering diperkatakan.. apabila aku di dalam kesusahan memang susah untuk mencari kawan-kawan yang mahu berada di sisi aku.. tetapi apabila aku berada di dalam kegembiraan dan kesenangan.. aku tidak perlu mencari.. kawan-kawan akan datang dengan sendirinya mencari aku.. kenapa harus begini.. apakah nilai persahabatan itu?.. kadang-kadang aku rasa lebih baik hidup tanpa kawan-kawan.. namun di dalam kehidupan kita ini.. tidak dinafikan kita memang memerlukan kawan.. cuma aku sedikit terkilan.. kenapa semua ini terjadi..

Monday, 18 July 2011

SEDIH..

Aku penat.. aku letih.. aku sudah tidak bermaya.. aku buntu.. aku tidak tahu lagi bagaimana yang harus aku lakukan untuk memuaskan hati semua orang-orang yang aku sayangi.. aku telah cuba lakukan yang terbaik.. namun belum cukup baik.. aku cuba menjadi sempurna.. namun tidak pernah sempurna.. aku sentiasa berikan masa.. namun masih tidak mencukupi.. bagaimana lagi yang patut aku lakukan.. bagaimana lagi yang mereka semua mahukan.. kejam sangatkah aku?.. zalim sangatkah aku?.. aku tidak pernah memahami ke?.. aku marah ke?.. hurmmm.. entahlah.. aku sedih.. sedih sangat-sangat.. seolah-olah aku ni jahat sangat.. tidak pernah untuk memahami situasi dan keadaan orang lain.. tidak pernah peduli keinginan dan kemahuan orang lain.. biarlah air mata yang menjadi teman hidup ku.. yang sentiasa mengiringi aku.. aku doakan orang-orang yang aku sayang sentiasa gembira dan bahagia.. 

HATI KU..

Tuesday, 5 July 2011

BIARLAH AKU BEGINI..

Kehidupan aku semakin hari semakin suram.. sentiasa disulami kesedihan dan kedukaan.. hidup aku tiada dunia luar.. hanya di dalam rumah dan bersama keluarga.. jika diri mu mahu hidup aku begini.. baik lah.. aku terima.. biarlah aku begini.. hidup hanya di dalam dunia mu.. tiada lagi dunia aku.. aku akan ikut segala telunjuk mu.. sampai aku mati.. semoga diri mu sentiasa gembira dengan apa yang diri mu ingin kan..