Persahabatan yang terjalin begitu bermakna.. penuh dengan suka duka.. permulaan yang begitu baik dan sempurna.. penuh dengan gelak ketawa gembira.. begitu sukar rasanya untuk menjalinkan satu - satu persahabatan.. apabila terjalin dunia terasa begitu indah.. ceria dan bahagia.. rasa setiap saat kehidupan diisi dengan penuh kasih sayang seorang sahabat.. adakala kita terasa sepi apabila tiadanya seorang sahabat.. apabila ianya muncul.. senyuman terukir di wajah kita.. apabila ia pergi kita bersedih.. namun persahabatan yang terjalin akal kekal dalam ingatan kita buat selamanya.. ermmm.. aku sendiri tidak tahu erti persahabatan yang sebenarnya.. cuma yang aku tahu.. aku perlukan kawan - kawan.. dikala aku gembira dan juga berduka.. susah senang bersama.. bantu membantu.. namun.. kita tidak pernah menyangka.. tidak pernah menduga.. dalam SEKELIP MATA segalanya boleh berakhir dengan kebencian.. dengan penuh dendam.. walau apa pun yang terjadi.. aku sentiasa doakan yang terbaik buat semua sahabat aku.. jika aku yang bersalah.. maafkan aku..
Monday, 31 October 2011
Thursday, 27 October 2011
LILIN..
Sampai bila?.. aku selalu bersabar.. sentiasa memberi ruang dan waktu.. agar segalanya berubah menjadi lebih baik.. namun sampai bila segalanya akan terus begini.. makin hari usia ku makin bertambah.. aku makin tua.. makin tidak mampu untuk menanggung segalanya.. aku penat.. terlalu penat.. adakalanya aku sendiri sedar akan kebodohan aku.. tidak tahu apa yang aku sendiri mahukan dalam hidup ini.. entah lah.. buat masa ini.. aku akan bertahan.. dan terus bertahan.. menjadi lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain..
Thursday, 20 October 2011
AKU TAHU..
Aku tahu siapa aku.. di mana tempat aku.. apa status aku.. aku juga tahu aku tidak mampu menjanjikan apa-apa buat mu.. aku tidak mampu memberikan harapan yang tinggi pada mu.. namun jauh di dalam sudut hati aku.. aku amat menyayangi mu.. aku akan cuba membahagiakan dan mengembirakan mu.. aku tidak pernah sesekali memaksa sesiapa pun untuk menerima aku.. jika dirimu merasakan tidak mampu untuk bertahan.. tidak mampu untuk bersama aku lagi.. berterus teranglah.. aku akan cuba untuk menerimanya walaupun perit yang aku rasakan.. aku tetap redha dengan takdir hidup aku.. namun aku tidak akan pernah melupakan mu.. dan tidak akan cuba untuk melupakan mu.. segalanya akan bersemadi di dalam hati aku.. sehingga akhir hayat aku.. doa aku sentiasa mengiringi mu.. semoga diri mu menemui kebahagian yang di cari..
Sunday, 16 October 2011
PENING AKU..
Hidup ini adakalanya kita rasa gembira dipenuhi oleh insan-insan di sekeliling kita.. adakalanya kita rasa begitu sunyi walaupun dikelilingi oleh insan-insan di samping kita.. entah kenapa semua ini terjadi.. begitu juga aku.. mencari seseorang bagi berkongsi cerita dan pandangan.. menumpang sedikit kasih sayang.. namun segala seperti "ADA MACAM TAK ADA".. hehe.. tidak mengapalah.. mungkin ini semua lumrah kehidupan.. biarlah hidup aku begini saja.. lebih tenang walaupun kesunyian..
Friday, 14 October 2011
BERBEZA..
Pernahkah seseorang itu terfikir tentang.. kebanyakan perbuatannya.. kebanyakan tutur katanya.. membuatkan seseorang rasa terkongkong.. seseorang rasa sedih.. seseorang rasa seperti di penjara.. seseorang itu menangis.. hurmmm.. bermacam-macam karenah manusia di dunia ini.. ada yang memberi terlalu banyak kebebasan.. ada pula yang menyekat sehingga seseorang rasa tertekan.. walau apapun.. segalanya kerana SAYANG.. hehe.. kelakar kan.. terlalu berbeza kehidupan seorang lelaki dan juga perempuan.. fikir-fikirkan lah.. anda juga mempunyai seorang ayah.. seorang adik lelaki.. atau abang.. atau kawan-kawan lelaki..
LUAHAN HATI KU..
Aku penat.. penat sangat-sangat.. penat dengan hidup aku yang dilanda berbagai ujian dariNYA.. namun aku tetap bersyukur di atas segala yang telah dikurniakan kepada aku olehNYA.. entah sampai bila aku mampu bertahan.. dengan kehidupan yang tiada kehidupan.. ramai juga yang berkata kepada aku.. "Apa lagi yang engkau mahu.. segalanya telah engkau miliki.. kerjaya.. keluarga.. ".. hehe.. aku hanya mampu tersenyum dengan kata-kata itu.. tetapi di dalam hati aku hanya mampu mengalirkan airmata.. aku seorang lelaki.. bukan aku ego.. bukan aku mahu menyatakan kuasa aku sebagai lelaki.. cuma aku ingin katakan.. segalanya di atas bahu aku.. dilahirkan sebagai seorang pemimpin.. banyak perkara yang perlu aku lakukan.. yang dipertanggungjawabkan ke atas aku.. aku tidak pernah lupa segala tanggungjawab aku.. aku rasa aku telah laksanakan segalanya.. namun entah di mana silapnya.. hati ku sentiasa sedih dan pilu.. aku lelaki.. hidup aku sentiasa aktif.. mahukan sedikit kebebasan.. bersama kawan-kawan.. beriadah.. bersukan.. hurmmm.. namun segalanya tidak ada.. sentiasa dihalang oleh insan yang aku sayangi.. entah.. mungkin tiada lagi kehidupan bermasyarakat bagi aku seorang lelaki yang telah berkeluarga.. aku hanya mampu bersabar.. dan meneruskan kehidupan ini sampai ke akhirnya..
Subscribe to:
Comments (Atom)


