Sunday, 6 November 2011

PERKENALAN..

Setiap hari.. setiap waktu.. akan ada sahaja perkenalan baru dalam kehidupan kita.. ada yang berkekalan selamanya.. ada juga yang hanya untuk jangka masa yang singkat.. namun semuanya tidak pernah kita duga.. dan kita tidak akan tahu ke mana arah tujunya.. percintaan mahupun persahabatan kedua - duanya sama sahaja.. kita sentiasa menjangkakan yang terbaik dalam setiap perkenalan.. namun tidak semuanya akan berakhir dengan kegembiraan.. walaupun begitu aku sentiasa bersyukur dapat mengenali berbagai - bagai jenis insan di dunia ini.. terima kasih aku ucapkan kepada semua yang mengenali diri ku.. dan dapat menerima aku  seadanya..

Thursday, 3 November 2011

KEJUJURAN..

Ramai orang yang berkata kejujuran itu penting dalam sesuatu perhubungan.. kejujuran itu tunjang kekuatan bagi sesuatu percintaan mahupun persahabatan.. benarkah pendapat itu?.. bagi aku memang ianya penting tetapi bukan sesuatu kewajipan.. ada perkara yang perlukan kejujuran.. ada jua perkara yang perlu kita rahsiakan.. bagi aku tidak semuanya.. tidak segala perkara kita perlu jujur.. adakalanya kejujuran itu memberikan kegembiraan.. adakalanya pula ianya membawa kepada kesedihan.. bukan aku mahu mengajar supaya kita menipu.. tetapi ada sesetengah perkara yang bukannya "kejahatan" perlu kita rahsiakan demi untuk kegembiraan insan - insan di sekeliling kita.. fikir - fikirkan lah..