Monday, 23 May 2011

MALU..

Apa yang aku ingin ceritakan di sini adalah tentang rasa malu.. apa yang pernah aku lalui.. dan apa yang pernah kawan-kawan aku ceritakan pada aku.. semalam seorang kawan yang baik dengan aku telah menceritakan pada aku.. dia telah mengenali seseorang.. dalam tempoh sehari.. orang itu dengan tanpa rasa malu telah meminta pada kawan aku sejumlah duit kerana keretanya rosak dan berada di bengkel.. pelik kan.. baru kenal sehari dah minta-minta macam tu.. setiap 10 minit orang itu akan hantar sms supaya kawan aku memasukkan duit ke dalam akuan banknya.. seolah-olah memaksa kawan aku.. dia tak rasa malu ke.. dengan perkenalan yang hanya baru sehari itu dah memaksa-maksa kawan aku seperti itu.. aku juga pernah melalui perkara seperti ini.. baru kenal dalam masa beberapa jam.. dah minta top up.. klau 10 ringgit tak apa lah juga.. tapi dia minta 30 ringgit.. woww.. senang kan.. entahlah.. macam-macam dunia sekarang.. aku bukan nak menyatakan yang aku ni baik.. aku juga pernah minta pertolongan dari kawan-kawan.. tapi tidak pernah memaksa dan tidak pernah dalam tempoh masa perkenalan yang begitu singkat.. aku juga hanya akan meminta pertolongan jika aku yakin aku mampu untuk membayarnya kembali.. bukan sekadar suka-suka.. hurmmm.. setiap manusia itu tidak sama kan.. pemikiran masing-masing.. pendirian masing-masing.. tetapi bagi aku.. biarlah ada sedikit rasa segan dan malu dalam diri..

2 comments:

Anonymous said...

itu la psl..mnusia skrg ni mcm2..ermmm,mtak bhati2 la..lbh2 lg org yg bru kite knal..

Bayiabadi said...

begitu lah nim.. harap nim pun berhati-hati ye..