Malam hari sabtu yang lalu.. aku tidur awal.. mungkin terlalu penat.. seawal jam 8.30 malam aku sudah lena dibuai mimpi.. tidak aku sangka dirinya hadir di dalam tidur ku.. aku terjaga dari tidur jam 3.30 pagi.. mata ku tidak boleh ditutup lagi.. aku mengelamun sendirian.. otak ku memikirkan seribu kenangan bersamanya.. aku cuba untuk tidur tetapi mata ku tidak mahu pejam.. aku jadi gelisah.. tidak keruan.. tidak tahu apa hendak dilakukan pada waktu-waktu sedemikan.. aku buka net book.. mula melayari internet.. tetapi siapalah yang ada jam 4 pagi.. aku "Meroyan" sendirian.. menanti sesuatu yang tidak pasti.. adakah ini tandanya.. aku "Merindui" nya..
No comments:
Post a Comment