Aku gembira mempunyai ramai kawan.. setiap hari makin bertambah insan-insan yang aku baru kenali.. pelbagai rupa paras.. pelbagai sifat dan perangai.. adakalanya aku rasa terhibur dengan kehadiran kawan-kawan ini.. hidup aku ceria.. tidak sunyi.. sentiasa disulami gelak ketawa.. namun seperti yang sering diperkatakan.. apabila aku di dalam kesusahan memang susah untuk mencari kawan-kawan yang mahu berada di sisi aku.. tetapi apabila aku berada di dalam kegembiraan dan kesenangan.. aku tidak perlu mencari.. kawan-kawan akan datang dengan sendirinya mencari aku.. kenapa harus begini.. apakah nilai persahabatan itu?.. kadang-kadang aku rasa lebih baik hidup tanpa kawan-kawan.. namun di dalam kehidupan kita ini.. tidak dinafikan kita memang memerlukan kawan.. cuma aku sedikit terkilan.. kenapa semua ini terjadi..
No comments:
Post a Comment