Friday, 14 October 2011

LUAHAN HATI KU..

Aku penat.. penat sangat-sangat.. penat dengan hidup aku yang dilanda berbagai ujian dariNYA.. namun aku tetap bersyukur di atas segala yang telah dikurniakan kepada aku olehNYA.. entah sampai bila aku mampu bertahan.. dengan kehidupan yang tiada kehidupan.. ramai juga yang berkata kepada aku.. "Apa lagi yang engkau mahu.. segalanya telah engkau miliki.. kerjaya.. keluarga.. ".. hehe.. aku hanya mampu tersenyum dengan kata-kata itu.. tetapi di dalam hati aku hanya mampu mengalirkan airmata.. aku seorang lelaki.. bukan aku ego.. bukan aku mahu menyatakan kuasa aku sebagai lelaki.. cuma aku ingin katakan.. segalanya di atas bahu aku.. dilahirkan sebagai seorang pemimpin.. banyak perkara yang perlu aku lakukan.. yang dipertanggungjawabkan ke atas aku.. aku tidak pernah lupa segala tanggungjawab aku.. aku rasa aku telah laksanakan segalanya.. namun entah di mana silapnya.. hati ku sentiasa sedih dan pilu.. aku lelaki.. hidup aku sentiasa aktif.. mahukan sedikit kebebasan.. bersama kawan-kawan.. beriadah.. bersukan.. hurmmm.. namun segalanya tidak ada.. sentiasa dihalang oleh insan yang aku sayangi.. entah.. mungkin tiada lagi kehidupan bermasyarakat bagi aku seorang lelaki yang telah berkeluarga.. aku hanya mampu bersabar.. dan meneruskan kehidupan ini sampai ke akhirnya..

No comments: