Ramai orang yang berkata kejujuran itu penting dalam sesuatu perhubungan.. kejujuran itu tunjang kekuatan bagi sesuatu percintaan mahupun persahabatan.. benarkah pendapat itu?.. bagi aku memang ianya penting tetapi bukan sesuatu kewajipan.. ada perkara yang perlukan kejujuran.. ada jua perkara yang perlu kita rahsiakan.. bagi aku tidak semuanya.. tidak segala perkara kita perlu jujur.. adakalanya kejujuran itu memberikan kegembiraan.. adakalanya pula ianya membawa kepada kesedihan.. bukan aku mahu mengajar supaya kita menipu.. tetapi ada sesetengah perkara yang bukannya "kejahatan" perlu kita rahsiakan demi untuk kegembiraan insan - insan di sekeliling kita.. fikir - fikirkan lah..
No comments:
Post a Comment