Aku faham dan aku rasai setiap bebanan yang dirimu perlu tanggunng.. "Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikulnya".. aku mengerti.. aku cuba.. namun tidak terdaya untuk bersama menanggung segalanya.. aku harap dirimu kuat, tabah dan sabar mengharungi segalanya.. insyaALLAH.. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. walaupun sekarang hanya perit yang dirimu rasakan.. tidak mampu untuk menanggung segalanya.. hanya DIA yang maha mengetahui kenapa semua ini terjadi.. memang salah diri kita sendiri.. tetapi semuanya telah ditentukan olehNYA.. mungkin DIA telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk dirimu di masa hadapan.. insyaALLAH..
Friday, 29 April 2011
HARAPAN..
Apa yang aku ingin luahkan di sini.. tentang harapan.. jangan lah kita memberikan harapan pada seseorang jika kita tidak mampu untuk menunaikannya.. harapan yang diberikan tidak semestinya secara langsung.. ianya juga terjadi secara tidak langsung.. hanya dengan kata-kata.. harapan itu boleh wujud dalam satu-satu perhubungan.. jadi berwaspadalah dengan tutur kata kita.. agar ianya tidak memberikan harapan pada seseorang.. seperti aku.. aku telah melakukan banyak kesilapan dan kesalahan dalam tutur kata.. namun segala yang aku tuturkan adalah benar.. cuma aku tidak mampu untuk tunaikan segalanya.. dalam tidak sedar.. aku telah memberikan banyak harapan.. harapan yang begitu besar dalam hidup.. maafkan aku.. kerana tidak mampu.. tidak layak untuk berkata-kata sedemikian.. kini aku sedar.. siapa aku.. di mana aku.. semoga dirimu menjumpai seseorang yang lebih baik dari aku.. yang mampu "menzahirkan harapan menjadi realiti.."
TIDUR..
Semalam sejarah bagi aku.. masa kerja aku dah tak ada mood.. mengantok je.. otak fikir tilam dengan bantal je.. huhu.. pukul 5 habis masa kerja.. tapi aku tak boleh balik sebab hujan lebat.. baju hujan aku tak bawa.. jadi terpaksalah aku tunggu sampai hujan reda.. dalam pukul 5.30 hujan berhenti.. cepat-cepat aku balik.. alhamdulillah sempat sampai rumah tanpa basah.. hehe.. tetapi aku tak sangka.. sampai je di rumah aku terus salin baju.. aku baring sekejap untuk rehatkan badan sebelum mandi.. tanpa aku sedar.. aku lena.. dan tidak aku sangka.. aku tidur sampai ke pagi hari ini.. fuhh! lamanya aku tidur.. lena pulak tu.. solat pun entah ke mana.. macammana aku boleh tidur sampai macam tu.. ermmm..
MAKAN / DIET..
Aku bab-bab makan ni.. senang.. aku makan je apa yang aku suka.. janji halal.. biarlah orang kata nanti gemuk.. nanti penyakit.. apa saja.. semua aku makan.. bagi aku jika nak makan tidak menjadi masalah.. yang penting kita mestilah senaman.. dan ambil makanan atau minuman kesihatan.. bagi menyokong tubuh badan kita bekerja.. zaman sekarang tidak sama seperti zaman dahulu.. zaman sekarang semua jenis makanan banyak keburukannya.. tetapi kalau kita terlalu memilih.. hilanglah nikmat yang ALLAH berikan.. tak dapat kita nikmati.. diet tu bagus.. tidak dinafikan.. tetapi kalau sampai memudaratkan tubuh badan kita.. untuk apa diet tu.. diet kalau semata-mata untuk cantik.. tapi selalu sakit.. tidak ada maknanya.. fikir-fikirkan lah..
Thursday, 28 April 2011
LUAHAN HATI SEORANG KAWAN..
Pada 1 tengahari.. aku keluar minum bagi mengisi perut aku yang dah berbunyi-bunyi.. aku bertemu seorang kawan.. dan dia duduk bersama-sama aku.. lama sangat tak jumpa.. seronok pulak berborak.. rasa macam dapat lepaskan rindu pun ada.. dalam kerancakan berborak.. aku bertanya.. "macammana BF awak?".. tiba-tiba dia terdiam seketika dan mengeluh.. lalu menjawab soalan aku.. "entahlah.. saya rasa lebih seronok semasa saya menjadi kawan dia berbanding menjadi kekasih dia".. aku bertanya lagi.. "kenapa?".. dia menjawab.. "masa berkawan.. dia sentiasa ada masa.. selalu datang jenguk saya di tempat kerja.. selalu ajak lunch.. bila keluar lepas waktu kerja.. dia banyak bersembang.. selalu bertanyakan hal diri saya.. take care.. semuanya lah.. tetapi bila dah jadi kekasih.. bila dah selalu keluar bersama.. makin hari makin berubah.. seolah-olah saya tak wujud pulak bila berada di sebelah dia..".. aku terdiam.. tak mahu lagi bertanya kerana bimbang membuatkan dia sedih.. tetapi ada ayat yang terakhir keluar dari mulut kawan aku tu.. "Biasa le lelaki.. masa belum dapat bukan main lagi.. bila dah dapat.. semua berubah".. aku kelu..
TERPAKU SEKEJAP..
Hari ini banyak kerja luar.. telefon rosak sana rosak sini.. dah lah aku naik moto.. cuaca panas terik.. rasa macam nak terbakar je.. dalam perjalanan balik ke pejabat.. masa aku berhenti di 1 trafik light.. adalah seorang pakcik berhenti sebelah aku.. dia senyum pada aku.. aku pun senyum lah balik pada dia.. tiba-tiba dia cakap.. "Panaskan hari ni.. ini baru panas kat dunia.. kat SANA nanti tak tahu lah macammana".. aku terpaku.. tersentap seketika.. kenapa pakcik tu cakap macam tu pada aku..
PERLUKAH..
Pernah seorang insan berkata pada aku.. "Jangan mudah percaya kata-kata orang".. tetapi kenapa insan tersebut pula yang percaya kata-kata orang tanpa bertanya dahulu pada diriku sendiri.. tanpa berjumpa dengan diriku dahulu.. ermm.. entahlah.. setiap insan punyai hak sendiri.. untuk mempercayai sesuatu.. terpulang.. aku tidak memaksa sesiapa pun untuk berkawan dengan aku.. tetapi bagi aku.. jika aku lebih mengenali seseorang itu.. aku tidak akan peduli setiap kata-kata orang lain tentangnya.. jika aku was-was.. aku akan berterus terang.. aku akan bertanya sendiri pada insan berkenaan.. adakah benar apa yang dikatakan.. ingatlah.. orang di sekeliling kita akan melakukan apa saja untuk menjatuhkan kita.. hanya untuk kepuasan diri.. hanya untuk meleraikan rasa benci..
PERUMPAMAAN DOSA MENINGGALKAN SOLAT MENGIKUT WAKTU..
SUBUH
dia akan disiksa selama 60 tahun di neraka (60,000 tahun dunia)
ZUHUR
dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam
ASAR
dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah
MAGHRIB
dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri
ISYA'
Allah tidak redha dia tinggal dibumi dan menggesa dia mencari bumi yang lain
Wednesday, 27 April 2011
ZIKIR MURAH REZEKI DARI IMAM GHAZALI..
Imam Ghazali mengajarkan suatu amalan untuk dibaca setiap hari. Menurutnya orang yang mengamalkan amalan ini akan dimudahkan segala urusannya dan dilapangkan rezekinya, serta dihindarkan dari segala macam kesulitan. Amalan ini dibaca untuk setiap hari yang berbeda sebanyak 1000 kali.
Hari Isnin baca “Lahaula walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil ‘adhiim”, artinya “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”
Hari Selasa baca “Allaahuma shalli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wasallim”, artinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.”
Hari Rabu baca “Astaghfirullahal adhiim”, artinya “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”.
Hari Khamis baca “Subhaanallahil ‘aliyyil ‘adhimi wabihamdihi”, artinya “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.”
Hari Jumaat baca “Ya Allah “
Hari Sabtu baca “Laailaaha illallaah“, ertinya “Tiada tuhan selain Allah.”
Hari Ahad baca “Ya hayyu Ya Qayyuum”, ertinya “Wahai yang maha hidup dan berdiri sendiri.
CEMBURU..
Siapa lebih kuat cemburu.. lelaki atau perempuan? hehehe.. entahlah.. aku pun tak tahu.. yang aku tahu aku juga mempunyai perasaan cemburu.. benarkah kata orang.. "Cemburu itu tandanya sayang".. mungkin.. sebab aku pernah merasainya.. tapi bagaimana dengan cemburu melihat orang lain bahagia.. gembira.. hidup senang..? tak kisah lah.. yang penting namanya tetap cemburu kan.. hurmmm.. tetapi yang paling aku tidak suka adalah cemburu buta.. cemburu yang melampau-lampau.. jahat sangat kah aku.. sampaikan perlu syak wasangka setiap hari.. setiap waktu.. entahlah.. terpulanglah.. yang aku mahu.. yang penting bagi aku.. dirinya gembira.. amin.
MAAFKAN AKU..
Jika kata-kata ku menyedarkan mu.. begitu juga aku.. kata-kata mu turut menyedarkan aku.. membuatkan aku cermin diri ini.. siapa aku.. aku terima dengan hati yang terbuka.. aku lebih mengenali dirimu.. aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.. tidak perlulah meminta maaf kepada ku.. kerana setiap yang berlaku aku telah maafkan dari dulu, sekarang dan selamanya.. tidak akan ada salah mu pada aku.. selamanya.. insyaALLAH..
ENTAHLAH..
Setiap tindakan dan keputusan yang aku ambil.. aku cuba untuk lakukan yang terbaik.. aku cuba untuk tidak melukakan hati mana-mana pihak.. tetapi.. semuanya salah.. semuanya serba tidak kena.. aku tidak tahu lagi apa yang patut aku lakukan.. tidak mampu lagi untuk berkata-kata.. bila aku ingin menjaga yang di sini.. yang di sana pasti akan terluka.. begitu juga sebaliknya.. segalanya membuatkan aku serba salah.. rasa bersalah sangat-sangat.. kerana tidak dapat membuat tindakan dan keputusan yang terbaik.. sehingga ada pihak yang terluka.. aku redha jika diriku dibenci.. memang patut diriku dibenci.. kerana aku tidak berkemampuan.. serba kekurangan.. serba lemah sehinggakan aku lari dari masalah yang aku timbulkan sendiri.. namun di dalam hati aku ini.. hanya ALLAH yang mengetahui.. hanya DIA yang mampu menilai apa yang terpendam.. aku tidak terniat untuk menyalahkan sesiapa pun.. semua aku lakukan adalah untuk insan-insan yang berharga dalam hidup aku.. tetapi bukan untuk diri aku sendiri.. akan aku ingat kata-kata ini sampai ke akhir hayat aku.. "Di akhirat kelak.. iblis juga tidak mahu dipersalahkan.. manusia akan berdiri di atas kaki sendiri".. adakah aku seperti IBLIS.. :(
Tuesday, 26 April 2011
AIRMATA..
"Aku bukanlah superman~~ aku juga bisa nangis~~".. hehe.. betul kata-kata dalam lirik lagu tu.. walaupun aku lelaki.. tidak salah rasanya jika aku mengalirkan airmata.. pabila ianya mengalir aku rasa puas.. bagi aku mengalirkan airmata adalah salah satu cara untuk aku meluahkan sesuatu tanpa berkata-kata.. ramai yang berkata.. lelaki tidak patut mengalirkan airmata.. kenapa? lelaki tidak punya perasaan ke.. tidak punya hati ke.. tidak adil bagi aku jika lelaki tidak boleh menangis.. kerana lelaki juga mempunyai perasaan dan hati.. tidak semua lelaki itu mempunyai hati yang kuat.. segagah fizikalnya.. ada juga yang lemah hatinya.. tidak mampu menanggung setiap dugaan yang dilalui.. pernah seorang insan berkata pada aku.. "Dalam hati ada taman.. dalam taman ada kolam.. dalam kolam ada ikan mas..".. hehehe..
RUPA PARAS..
Pelbagai rupa paras manusia di dunia ini.. tidak perlulah aku sebut semuanya.. yang aku ingin katakan di sini adalah tentang sesetengah orang yang terlalu memandang paras rupa.. walaupun hanya sebagai kawan.. malu untuk keluar bersama.. lepak bersama.. minum atau makan bersama.. dan macam-macam lagi walaupun hanya sebagai kawan biasa.. kenapa ye? pelik kan.. walaupun diri anda cantik.. kacak.. tidak perlulah memandang rendah pada orang lain.. seolah-olah menghina orang lain.. cermin lah diri.. perlukah paras rupa untuk menjadi seorang kawan yang baik.. yang sentiasa ada apabila diperlukan tidak kira susah mahupun senang.. fikirkan lah.. apa yang lebih penting dari paras rupa..
HARI INI..
Hari ini fikiran aku melayang entah ke mana.. hari ini jiwa aku rasa tidak tenteram.. hari ini hati aku berdegup kencang.. entah kenapa semua ini berlaku.. otak aku seolah-olah kosong.. tidak tahu apa yang aku fikirkan.. ermm.. resah.. gelisah.. seakan-akan mencari sesuatu yang hilang.. seperti menungggu sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku.. sampaikan kerja-kerja aku di pejabat terabai.. langsung tak ada mood.. arghhhHHHH..!! pening kepala aku.. kenapa..? mengapa..? apa..? bagaimana..?...
KATA-KATA / PERTUTURAN..
Banyak orang banyak caranya.. macam-macam yang pernah aku jumpa.. ada yang sopan santun.. ada yang cakap lepas.. ada yang kurang bercakap.. macam-macam lagi lah.. tapi bagi aku.. aku tak kisah.. aku boleh berkawan dengan sesiapa saja.. walaupun kadang-kadang aku terasa hati.. tapi hanya sekejap.. cepat-cepat aku buang dari hati.. tak mahu simpan.. sebab aku tak mahu kehilangan kawan.. namun yang paling aku tak suka ialah pandai bercakap dan berkata-kata.. tapi tidak memandang pada diri sendiri.. pandai menasihati orang lain.. tapi diri sendiri sama sahaja.. ermmm.. entahlah.. hak masing-masing.. aku tak mampu nak cakap apa-apa..
Subscribe to:
Posts (Atom)



