Wednesday, 27 April 2011

ENTAHLAH..

Setiap tindakan dan keputusan yang aku ambil.. aku cuba untuk lakukan yang terbaik.. aku cuba untuk tidak melukakan hati mana-mana pihak.. tetapi.. semuanya salah.. semuanya serba tidak kena.. aku tidak tahu lagi apa yang patut aku lakukan.. tidak mampu lagi untuk berkata-kata.. bila aku ingin menjaga yang di sini.. yang di sana pasti akan terluka.. begitu juga sebaliknya.. segalanya membuatkan aku serba salah.. rasa bersalah sangat-sangat.. kerana tidak dapat membuat tindakan dan keputusan yang terbaik.. sehingga ada pihak yang terluka.. aku redha jika diriku dibenci.. memang patut diriku dibenci.. kerana aku tidak berkemampuan.. serba kekurangan.. serba lemah sehinggakan aku lari dari masalah yang aku timbulkan sendiri.. namun di dalam hati aku ini.. hanya ALLAH yang mengetahui.. hanya DIA yang mampu menilai apa yang terpendam.. aku tidak terniat untuk menyalahkan sesiapa pun.. semua aku lakukan adalah untuk insan-insan yang berharga dalam hidup aku.. tetapi bukan untuk diri aku sendiri.. akan aku ingat kata-kata ini sampai ke akhir hayat aku.. "Di akhirat kelak.. iblis juga tidak mahu dipersalahkan.. manusia akan berdiri di atas kaki sendiri".. adakah aku seperti IBLIS.. :(

No comments: