Thursday, 28 April 2011

LUAHAN HATI SEORANG KAWAN..

Pada 1 tengahari.. aku keluar minum bagi mengisi perut aku yang dah berbunyi-bunyi.. aku bertemu seorang kawan.. dan dia duduk bersama-sama aku.. lama sangat tak jumpa.. seronok pulak berborak.. rasa macam dapat lepaskan rindu pun ada.. dalam kerancakan berborak.. aku bertanya.. "macammana BF awak?".. tiba-tiba dia terdiam seketika dan mengeluh.. lalu menjawab soalan aku.. "entahlah.. saya rasa lebih seronok semasa saya menjadi kawan dia berbanding menjadi kekasih dia".. aku bertanya lagi.. "kenapa?".. dia menjawab.. "masa berkawan.. dia sentiasa ada masa.. selalu datang jenguk saya di tempat kerja.. selalu ajak lunch.. bila keluar lepas waktu kerja.. dia banyak bersembang.. selalu bertanyakan hal diri saya.. take care.. semuanya lah.. tetapi bila dah jadi kekasih.. bila dah selalu keluar bersama.. makin hari makin berubah.. seolah-olah saya tak wujud pulak bila berada di sebelah dia..".. aku terdiam.. tak mahu lagi bertanya kerana bimbang membuatkan dia sedih.. tetapi ada ayat yang terakhir keluar dari mulut kawan aku tu.. "Biasa le lelaki.. masa belum dapat bukan main lagi.. bila dah dapat.. semua berubah".. aku kelu.. 

No comments: