Thursday, 28 July 2011
KENAPA HARUS BEGINI..
Aku gembira mempunyai ramai kawan.. setiap hari makin bertambah insan-insan yang aku baru kenali.. pelbagai rupa paras.. pelbagai sifat dan perangai.. adakalanya aku rasa terhibur dengan kehadiran kawan-kawan ini.. hidup aku ceria.. tidak sunyi.. sentiasa disulami gelak ketawa.. namun seperti yang sering diperkatakan.. apabila aku di dalam kesusahan memang susah untuk mencari kawan-kawan yang mahu berada di sisi aku.. tetapi apabila aku berada di dalam kegembiraan dan kesenangan.. aku tidak perlu mencari.. kawan-kawan akan datang dengan sendirinya mencari aku.. kenapa harus begini.. apakah nilai persahabatan itu?.. kadang-kadang aku rasa lebih baik hidup tanpa kawan-kawan.. namun di dalam kehidupan kita ini.. tidak dinafikan kita memang memerlukan kawan.. cuma aku sedikit terkilan.. kenapa semua ini terjadi..
Monday, 18 July 2011
SEDIH..
Aku penat.. aku letih.. aku sudah tidak bermaya.. aku buntu.. aku tidak tahu lagi bagaimana yang harus aku lakukan untuk memuaskan hati semua orang-orang yang aku sayangi.. aku telah cuba lakukan yang terbaik.. namun belum cukup baik.. aku cuba menjadi sempurna.. namun tidak pernah sempurna.. aku sentiasa berikan masa.. namun masih tidak mencukupi.. bagaimana lagi yang patut aku lakukan.. bagaimana lagi yang mereka semua mahukan.. kejam sangatkah aku?.. zalim sangatkah aku?.. aku tidak pernah memahami ke?.. aku marah ke?.. hurmmm.. entahlah.. aku sedih.. sedih sangat-sangat.. seolah-olah aku ni jahat sangat.. tidak pernah untuk memahami situasi dan keadaan orang lain.. tidak pernah peduli keinginan dan kemahuan orang lain.. biarlah air mata yang menjadi teman hidup ku.. yang sentiasa mengiringi aku.. aku doakan orang-orang yang aku sayang sentiasa gembira dan bahagia..
Tuesday, 5 July 2011
BIARLAH AKU BEGINI..
Kehidupan aku semakin hari semakin suram.. sentiasa disulami kesedihan dan kedukaan.. hidup aku tiada dunia luar.. hanya di dalam rumah dan bersama keluarga.. jika diri mu mahu hidup aku begini.. baik lah.. aku terima.. biarlah aku begini.. hidup hanya di dalam dunia mu.. tiada lagi dunia aku.. aku akan ikut segala telunjuk mu.. sampai aku mati.. semoga diri mu sentiasa gembira dengan apa yang diri mu ingin kan..
Wednesday, 29 June 2011
CUKUP..
Apakah kamu tahu maknanya memiliki.. sekiranya kamu tidak pernah merasa tiada?
Adakah kamu tahu maknanya cinta.. sekiranya kamu tidak tahu makna kehilangan?
Allah mengurangkan sesuatu di dalam kehidupan kita kerana DIA mahu kita mengetahui apa maknanya CUKUP..
ANDAI ESOK TIDAK MENJELMA..
Maafkan aku..
di atas segala perbuatan yang telah dan belum aku lakukan..
Maafkan aku..
di atas setiap kata-kata yang telah aku lafazkan..
Maafkan aku..
jika aku pernah melukakan atau mengguris hati dan perasaan mu..
Maafkan aku..
kerana aku tidak berada di sisi mu sewaktu diri mu amat memerlukan aku..
Maafkan aku..
kerana tidak mampu untuk sempurnakan impian mu..
aku meluahkan coretan ini kerana aku takut.. andainya esok tidak lagi menjelma untuk aku..
andainya aku tidak berkesempatan untuk memohon maaf pada mu..
andai aku tidak lagi mampu untuk menyata bahawa aku sayang dan rindu pada mu..
di atas segala perbuatan yang telah dan belum aku lakukan..
Maafkan aku..
di atas setiap kata-kata yang telah aku lafazkan..
Maafkan aku..
jika aku pernah melukakan atau mengguris hati dan perasaan mu..
Maafkan aku..
kerana aku tidak berada di sisi mu sewaktu diri mu amat memerlukan aku..
Maafkan aku..
kerana tidak mampu untuk sempurnakan impian mu..
aku meluahkan coretan ini kerana aku takut.. andainya esok tidak lagi menjelma untuk aku..
andainya aku tidak berkesempatan untuk memohon maaf pada mu..
andai aku tidak lagi mampu untuk menyata bahawa aku sayang dan rindu pada mu..
Monday, 20 June 2011
MERINDUIMU..
Malam hari sabtu yang lalu.. aku tidur awal.. mungkin terlalu penat.. seawal jam 8.30 malam aku sudah lena dibuai mimpi.. tidak aku sangka dirinya hadir di dalam tidur ku.. aku terjaga dari tidur jam 3.30 pagi.. mata ku tidak boleh ditutup lagi.. aku mengelamun sendirian.. otak ku memikirkan seribu kenangan bersamanya.. aku cuba untuk tidur tetapi mata ku tidak mahu pejam.. aku jadi gelisah.. tidak keruan.. tidak tahu apa hendak dilakukan pada waktu-waktu sedemikan.. aku buka net book.. mula melayari internet.. tetapi siapalah yang ada jam 4 pagi.. aku "Meroyan" sendirian.. menanti sesuatu yang tidak pasti.. adakah ini tandanya.. aku "Merindui" nya..
Thursday, 16 June 2011
FALSAFAH HIDUP..
Sejak aku menceburkan diri dalam dunia IT ni bermacam-macam jenis manusia yang aku temui.. ramai yang menulis falsafah hidup mereka di blog-blog.. profile-profile laman sosial.. dan bermacam-macam lagi lah.. aku amat bangga dengan kata-kata yang di tulis.. seolah-olah meraka kuat.. tabah.. sabar dan jujur dalam kehidupan mereka.. cuma aku terfikir.. adakah mereka-mereka ini.. yang mempunyai falsafah hidup dapat dan mampu mengikuti falsafah hidup yang telah mereka nyatakan.. selalu yang aku jumpa ialah "Walau apa pun yang terjadi.. hidup mesti diteruskan".. sesiapa pun yang membaca pasti akan menyokong kenyataan itu.. tetapi kenapa mereka yang menulis itu masih bersedih.. seolah-olah tidak bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian.. seolah-olah mengeluh dengan apa yang telah mereka lalui.. hurmmm..
Wednesday, 15 June 2011
SEMAKIN JAUH..
Semakin hari aku rasakan diri ku semakin jauh dengan nya.. berbagai halangan yang aku hadapi dan berbagai perkara yang berlaku yang menjarakkan aku dengan nya.. aku makin mengingati nya.. makin merindui nya.. makin memikirkan nya.. entah sampai bila aku dan dia akan begini.. aku tidak tahu apa yang bermain di dalam fikiran nya.. adakah dia juga mengingati aku.. aku doakan hidupnya sentiasa gembira dan bahagia.. di limpahkan rezeki serta dilindungi dari segala bencana.. aku ingin melihat senyuman sentiasa terukir di wajah nya.. senyuman yang membuatkan aku tersenyum bila bersendirian..
Tuesday, 14 June 2011
BORINGNYA..
Saat berganti saat.. minit berganti minit.. jam berganti jam.. hari berganti hari.. bulan berganti bulan.. tahun berganti tahun.. namun aku masih begini.. masih di takuk lama dalam kehidupan aku.. bila lah hidup aku akan berubah.. aku bukan mengimpikan untuk menjadi jutawan.. hanya inginkan sedikit kesenangan.. hari-hari yang dilalui amat mem "BORING" kan.. tidak ada apa yang dapat aku lakukan.. hanya pergi kerja.. balik kerja.. jika aku miliki sedikit kesenangan boleh juga aku pulang ke kampung selalu.. bawa keluarga aku "makan angin".. bukan aku mengeluh atau tidak bersyukur dengan apa yang telah aku miliki.. cuma merasa amat perit dengan ujian NYA.. walau bagaimanapun.. aku tetap berusaha.. tetap tidak putus asa dalam mengejar kesenangan dan kebahagiaan.. dan aku tetap tidak lupa pada akhirat.. ya ALLAH.. bantulah aku..
Monday, 13 June 2011
ADA TAPI MACAM TAK ADA..
Macammana ye "ada tapi macam tak ada".. hehehe.. entahlah.. aku sendiri tak tahu.. cuma yang aku ingin luahkan di sini ialah luahan seorang kawan.. dia bercerita kepada aku.. bila dekat.. mesra dan banyak yang dibualkan.. bila jauh.. hilang entah ke mana.. khabar berita langsung tidak ada.. aku sendiri hairan kenapa jadi macam tu.. bila kita sms.. baru dia akan sms.. klau kita diam sebulan.. sebulan lah dia pun akan diam.. seolah-olah aku tidak wujud.. seolah-olah dia menyimpan sejuta rahsia.. tetapi bila sms berbagai kata-kata manis yang dikeluarkan.. sayanglah.. rindulah.. caring sangat-sangat.. hurmmm.. mengeluh panjang seorang kawan aku ni.. aku cuma mampu tersenyum.. dan berkata.. "no komen"..
Thursday, 9 June 2011
Wednesday, 8 June 2011
SUSAHNYA..
Aku dah cuba buat yang terbaik untuk dia.. lakukan yang termampu aku lakukan.. cuba gembira kan dan bahagiakan dia.. cuba untuk tidak melukakan hati dia.. sentiasa berikan perhatian pada dia.. entah macammana lagi yang dia inginkan sampaikan dia sampai hati keluarkan kata-kata yang mengguris hati aku.. susahkan kita nak jaga dan puaskan hati seseorang.. apa lagi lah yang patut aku lakukan.. aku sendiri tidak tahu.. hari yang sepatutnya aku gembira tapi aku bersedih sehinggakan mengalir air mata.. aku cuma mampu berdoa agar dia gembira dan bahagia di samping aku selamanya.. amin..
Tuesday, 7 June 2011
33 TAHUN..
Apa yang 33 tahun?.. hehe.. hari ini cukuplah umur aku 33 tahun.. selamat hari lahir.. selamat hari lahir.. selamat hari lahir untuk diri sendiri.. selamat hari lahir.. hehehe.. tak sangka sekarang aku telah berusia 33 tahun.. sepanjang hidup aku.. berbagai-bagai dugaan yang telah aku lalui.. pahit manis dan segalanya.. bermacam-macam karenah manusia juga yang telah aku lihat.. yang boleh aku jadikan panduan dan pengajaran.. terima kasih YA ALLAH kerana izinkan aku berada di dunia ciptaan MU dan meminjam segala nikmat MU yang tidak ternilai.. bukakan lah pintu hati ku.. berilah petunjuk dan hidayah MU kepada aku ke arah jalan yang ENGKAU redhai.. kalau dulu umur aku 32.. jika diterbalikkan jadi 23.. masih muda kan.. hehe.. tapi sekarang dan masa-masa akan datang dah tidak boleh diterbalikkan lagi.. aku dah tuaaaaaaaaaa.. huhuhu..
Monday, 6 June 2011
AKU SENDIRI TIDAK TAHU..
Susah untuk aku luahkan di sini.. rasa serba salah.. namun aku tidak tahu lagi di mana harus aku luahkan.. aku sendiri tidak tahu kenapa manusia boleh jadi macam ni.. mungkin aku juga melakukannya.. tapi aku tidak sedar.. bak kata pepatah melayu.. "Dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi".. bukan aku ingin menutup kesalahan aku dengan berkata aku tidak sedar melakukannya.. tapi aku betul-betul tidak pasti pernahkah aku melakukannya.. kenapa manusia sering lupa kepada seseorang yang pernah mengembirakan nya.. yang pernah membahagiakan nya.. aku lebih suka berterus terang di dalam perhubungan.. namun tidak semua perkara kita perlu jujur.. demi untuk menjaga hati dan perasaan seseorang.. janganlah kita terus melupakan atau terus mengabaikan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita walaupun hanya seketika.. orang lain juga seperti kita.. mempunyai hati dan juga perasaan.. luangkan lah sedikit masa walau sesaat untuk bertanya khabar.. janganlah tunggu seseorang itu merajuk atau "BASUH" kita barulah kita nak sedar akan kesalahan dan kecuaian kita.. lagi satu pesan ku.. janganlah kita simpan perasaan dan rasa dendam dalam hati kita walaupun kita pernah diperlakukan sedemikian..
Subscribe to:
Posts (Atom)






