Bermacam-macam perasaan yang wujud dalam hidup aku.. gembira.. bahagia.. sedih.. marah.. rindu.. sayang.. ermm.. apa lagi ye.. sampai aku sendiri pun dah tak tahu.. banyak sangat.. tapi.. perasaan yang paling aku tak suka.. perasaan "serba salah".. berbelah bahagi.. sukar untuk buat keputusan.. seperti pepatah melayu yang berbunyi.. "ditelan mati bapak.. diluah mati emak".. namun aku bersyukur kepadaNYA.. kerana memberi aku peluang dalam kehidupan ini untuk merasai semua perasaan-perasaan ini.. adakalanya aku rasa seperti tak faham dengan perasaan-perasaan ini.. tetapi.. semuanya memberikan sejuta pengajaran.. tauladan dan panduan untuk aku terus menghadapi kehidupan ini.. ALLAH maha pengampun.. tetapi manusia tidak.. di sini aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada sesiapa saja yang pernah hadir dalam hidup aku.. yang pernah membahagiakan aku.. mengembirakan aku.. tetapi aku terpaksa melukai perasaannya.. maafkan aku..
No comments:
Post a Comment