Apa yang aku ingin katakan di sini adalah sikap dan ego.. ramai yang mengatakan lelaki lebih ego dan mempunyai sikap pentingkan diri sendiri.. ermmm.. mungkin.. aku pun tidak pasti.. tapi aku telah lihat pelbagai sikap dan ego tidak kira lelaki mahupun perempuan.. hampir sama je bagi aku.. sebagai lelaki aku tidak dapat nak jelaskan bagaimana yang dikatakan ego serta sikap seseorang lelaki.. tapi dari apa yang telah aku lalui.. apa yang telah aku alami.. apa yang telah aku lihat serta pelajari.. jika kita telah ditakdirkan sebagai seorang pemimpin.. buatlah yang terbaik terhadap insan yang dipimpin oleh kita.. peliharalah hubungan antara kita dengan insan yang dipimpin.. agar lebih baik dan bertambah baik pada setiap hari-hari mendatang.. janganlah kita menindas.. menyiksa serta menyaki hati dan perasaan setiap insan yang sentiasa berkhidmat untuk kita.. yang tidak mengenal erti penat lelah.. yang tidak mengenal erti jemu.. dan sanggup melakukan apa saja untuk mengembirakan dan membahagiakan kita.. namun.. ada juga perempuan yang terlalu ego.. dan bersikap pentingkan diri sendiri.. tidak pernah nampak akan kekurangan diri.. tidak mahu mengubah diri untuk jadi yang terbaik.. hanya yang dia nampak.. kesalahan orang lain.. kekurangan orang lain.. seolah-olah dirinya begitu sempurna.. bagi aku.. kesimpulannya.. lelaki mahupun perempuan sama saja jika tidak mahu berubah.. tidak mahu menilai diri sendiri.. tidak ada bezanya ego dan sikap itu..
No comments:
Post a Comment